SYARAT KEMASUKAN

  1. Lelaki sahaja.
  2. Berumur 12 tahun ke atas.
  3. Bayaran pendaftaran sebanyak RM170 (kos pembelian kitab dan peralatan).
  4. Yuran bulanan dan makanan mengikut kemampuan ibu bapa (minimum ditetapkan RM120).
  5. Pelajar yang mendaftar hendaklah mengisi Borang Pengakuan/Perjanjian Pelajar dan Penjaga.
  6. Pelajar hendaklah menamatkan tempoh pengajian sekurang-kurangnya 3 tahun di madrasah ini.
  7. Ibu/bapa atau penjaga tidak dibenarkan sama sekali memindahkan pelajar ke pusat pengajian lain sebelum tamat tempoh pengajian sekurang-kurangnya 3 tahun.
  8. Pandai menguruskan diri sendiri (mencuci pakaian, kemas bilik tidur dan sebagainya).
  9. Sanggup mematuhi undang-undang yang ditetapkan
  10. Pelajar bukan seorang perokok dan tidak mengambil dadah
  11. Pelajar diharamkan dari membawa masuk telefon bimbit ke dalam madrasah  
  12. Pelajar tidak pernah melakukan kesalahan jenayah
  13. Pelajar dari Madrasah/pondok lain hendaklah membawa bersama surat akuan/berhenti daripada mudir Madrasah/ pondok yang dahulu
  14. Pelajar boleh membaca dan menulis Jawi serta boleh membaca Al-Quran
  1. Pelajar dikehendaki memakai jubah dan berserban ketika solat dan ketika mendapat jemputan luar.
  2. Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar ketika berada dalam kawasan pondok kecuali ketika bergotong-royong dan beriadah.
  3. Soalt berjemah pada kesemua waktu diwajibkan bagi kesemua pelajar.
  4. Pakaian mestilah menutup aurat. Maksud menutup aurat ialah pakaian tidak terlalu ketat dan nipis.
  5. Pelajar tidak dibenarkan membawa atau memakai pakaian yang dilarang oleh syarak seperti mempunyai tulisan atau gambar yang dilarang oleh syarak.
  6. pelajar tidak dibenarkan sama sekali memiliki atau membawa seluar jeans dan seluar pendek ke pondok.
  7. Pakaian seperti jersey dan tracksuit hanya boleh dipakai untuk tujuan riadah sahaja. Pelajar dilarang memakainya ketika waktu pengajian dan bersolat.
  8. Semuar pelajar dilarang berambut panjang melibihi 1 inci.
  9. Pelajar yang bermisai dan berjanggut hendaklah diurus dengan kemas.
  10. Pelajar juga dilarang meniru mana-mana gaya rambut yang ditegah syarak.
  11. Pelajar yang hendak keluar dari kawasan Ribath hendaklah mendapat kebenaran darpada mudir.
  12. Pelajar dilarang membeli makanan/minuman daripada penjaja di luar kawasan Ribath.