Sebagaiman dinyatakan terlebih dahulu bahawa Pondok Ribath ini menjalankan wasiat, oleh itu kurikulumnya adalah berdasarkan kandungan yang terdapat di dalam kitab-kitab yang diajarkan tanpa mengurangkan atau tokok tambah, supaya dapat barakah daripada ulama-ulama zaman silam. Ini disebabkan juga kekurangan ilmu dalam bidang tersebut.
Justeru, kitab-kitab dan farasat-farasat yang dipelajari dan diajarkan di sini adalah:-
Kitab Arab
1. Tauhid - Kifayatul Awam
2. Fiqh - Bajuri Fathul Qarib
3. Tasawuf - Riyadhussalihin
4. Tafsir - Tafsir Jamal
Kitab Jawi
1. Tauhid - Akidatun Najin
2. Fiqh - Kifayatul Mubtadi
3. Tasawuf - Sairussalihin
4. Tafsir - Nurul Ihssan
5. Hadith - Hadith 40
6. Saraf - Tashul Mussarifin