1963 |
Tuan Gurunya yang pertama ialah Tn. Guru Hj. Abdul Rahman Bin Taqin, yang telah mendapat didikan daripada Tn. Guru Taha di Pulau Pinang yang menjadi Mufti Pulau Pinang pada masa dahulu. Setelah sekian lama belajar dengan Tn. Guru Taha, Tn. Guru Hj. Abdul Rahman melanjutkan pelajarannya ke Makkah.
Tn. Guru Hj. Muhammad Lip telah belajar dengan Tn. Guru Hj. Abdul Rahman yang tersangat alim dalam ilmu figh dan ilmu alat yang lain di sebuah pondok di Air Molek, Melaka. Beliau belajar di sini dari tahun 1925-1930 selama 6 tahun. Dalam masa itu, beliau adalah sebagai Ketua Matlaah. Mereka yang di bawah bimbingan yang menjadi tokoh-tokoh yang berperanan ialah Tn. Guru Hj. Abdul Wahid Bin Utsman, Sg. Udang,Melaka, Tn. Hj. Hussin, Umbai, Tn. Kadi Hj. Abdullah, Durian Tunggal, Tn. Hj. Abdullah, Duyong,Melaka, Tn. Kadi Hakim, Johor, Tn. Hj. Ahmad, Tengkera,Melaka.
Pada masa yang sama juga, beliau telah belajar dengan Tn. Guru Hj. Abdul Latif Bin Nuruddin Tambi di Tengkera, Melaka yang tersangat alim dalam ilmu usuluddin, ilmu figh dan ilmu alat yang dipelajari di Indonesia dan Makkah. Dalam ilmu Tasauf pula, beliau telah mendapat tarbiyah daripada Tn. Guru Hj. Ahmad di Paya Rumput, Melaka.
Setelah tamat pengajian selama 6 tahun di Melaka, beliau telah berhijrah ke Kelantan dan belajar dengan Tn. Guru Tok Kenali yang terkenal selama 2 tahun 8 bulan. Beliau mengambil barakah belajar dengan Tok Kenali mendalami ilmu Tasauf dan ilmu-ilmu alat di bawah lampu pelita minyak tanah. Apabila Tok Kenali wafat pada akhir 1933, beliau kembali ke kampungnya dan membuka pengajiannya cara pondok yang dimulai di rumah bapanya pada awal tahun 1934.
Beliau kemudiannya bernikah anak seorang kaya di Muar, bernama Pn. Hjh Halimah Bt. Hj. Abdul Razak. Hasil dorongan kuat dari keluarga dan pelajar-pelajar, beliau telah membeli sebidang tanah untuk diwakafkan untuk dijadikan tempat belajar. Sebuah pondok bangunan 2 tingkat bertutup akhirnya dibina pada awal tahun1961. Pihak pejabat Agama Johor juga turut menyumbangkan bantuan kewangan untuk membina Ribath. Bangunan Ribath siap dibina pada tahun 1963.
Bermula dari tahun 1984 hingga 1989, beliau secara aktif membangunkan pondok-pondok kediaman untuk tenaga pengajar yang terdiri murid-muridnya. Sebanyak 3 bangunan berkembar telah dibangunkan semasa hayatnya. Segala perbelanjaan pembinaan dibiayai beliau, ahli keluarga dan pelajarnya.
Berdasarkan ilmu yang dimiliki, beliau dapat menerbitkan beberapa risalah seperti Tanbihul Ghafilin, Tashihul Mussarrifin dan Jumaat.
Sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat 21 Ogos 1989, beliau mewasiatkan Pondok Ribath dan sistem pembelajaran pondok kepada murid tertuanya iaitu Tn. Guru Hj. Muhammad Bin Hj. Muhammad Salleh (Mudir sekarang) serta anak-anaknya terutama Tn. Hj. Mustapha Bin Hj. Muhammad Lip sebagai pemegang amanah Pondok Ribath.
Tn. Guru telah mengikut pelajaran daripada Tn. Guru Hj. Muhammad Lip secara berseorangan dari tahun 1946 hingga 1989. Beliau adalah pesara guru sekolah kebangsaan. Semasa pentadbiran Tn. Guru Hj. Muhammad, beberapa bangunan disiapkan pembinaannya iaitu bagunan tetamu, asrama, kantin masak dan tempat jamuan, bangunan berkembar, garaj dan warong pisang goreng.
Bilik Solat |
Kelas kuliah |